Thursday 28 February 2013

Mak..oh..mak...

Setiapkali mak berkira2 nak bukak topik tu..muka mula berkerut seribu..mood dh separuh 3 suku hilang...hati dah mula rasa tak best..everytime..and kdg2 mula lah aku melenting sebelum sempat mak bercakap...huhuhu..(saya memang bukan anak yg solehah)

And hari ni, mak bercakap lagi..kali ni mukadimah nyer cukup lembut, cukup baik...
" Kakak nak marah, marah lah..tapi sebagai mak, mak perlu cakap.."
(Time ni dalam kereta, tgah drive and macam selalu, kening aku dh start nk bercantum)

"Mak dah makin tua, ayah pun sama..atuk pun mungkin tak banyak masa..bukan mak doa utk perkara yg tak elok, tapi sementara masing2 tengah sihat ni, kakak dah boleh mula la fikir pasal tu.."

Aku mendengus, tanda tidak puas hati isu itu dibicarakan buat kesekian kalinya..aku mula bersuara, dgn nada yg sedikit tinggi..seperti biasa alasan malas, takde hati, banyak lagi benda nak buat, and segala mala alasan aku bagi..

"Kita dah cakap kan mak, kalau ada, adalah..tapi kalau nak mencari, kita perempuan..kita tak kan beria mencari. Kahwin bukan perkara yg senang. Syurga neraka bergantung pada suami. Taat suami, redha suami...kalau kita memang takde rasa, takde hati, kenapa perlu nak fikir and buat."

Sebak mula terasa di hati...teringat kenangan cinta lama yg tak kesampaian..sejak itu, hati mula putus asa dengan kasih sayang...

Dan mak terus menyambung...mak punya alasan sendiri..aku sorang anak perempuan mereka, dan apa yg mereka mahukan, aku bahagia meskipun mereka sudah tiada..selebihnya mak risau sekiranya umur meningkat dan aku masih sendiri, lebih berkemungkinan utk aku terjebak dalam cinta milik orang lain...setitik, dua titik, dan seperti yg dijangka aku menangis di hadapan mak..

Siapa yg tak mahu berkahwin..siapa yg tak mahu rasa disayangi..aku juga manusia biasa yg punya naluri utk berkasih sayang..tapi mengenangkan sakit yg pernah dirasa, aku lebih senang begini..lebih bahagia diapit sahabat dan teman2..lebih gembira menjadi anak perempuan mak dan ayah...untuk mengulang semula apa yg pernah berlaku dan berkemungkinan utk ditinggalkan kesekian kali, aku lebih rela memilih untuk sendiri..siapa yg boleh menerima baik buruk kita, lebih kurang kita, seadanya, sampai bila2 selain mak dan ayah? Lebih2 lagi aku yg punya banyak kekurangan berbanding kelebihan..akan ada ke seseorang yg boleh menrima semua itu tanpa rungutan? Kalau ada, mampu ke untuk kami bertahan sehingga ke akhir hayatku?
Takut..terlalu takut...urusan hati, soal perasaan bukan perkara yg mudah..dan hati ini terlalu letih untuk semua itu...aku takut sekiranya telah menyerahkan hati, ianya kembali tidak dihargai..

"Istikharah, istikharah, dan sentiasa istikharah...Dia Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang..dan hanya Dia yg tahu apa yg terbaik utk kita..jangan pernah tak yakin dengan kuasa Allah...mak sentiasa doakan kakak..kalau niat kita betul, In Shaa Allah, Dia akan tolong..."

In Shaa Allah...semoga satu hari, hati saya berubah, dan lebih bersedia menerima seseorang yg Allah telah mengamanatkan saya untuknya..dan In Shaa Allah, sehingga hari itu mohon dilindungi hati saya daripada cinta yang sia-sia...Amin..

Mak, oh mak..suatu hari nanti, semoga doa mak dimakbulkan..suatu hari nanti, semoga risau mak akan berhenti akhirnya..semoga apa yg mak inginkan menjadi kenyataan..tapi untuk hari ini, ketika ini, mak, maafkan kita...





0 comments:

Post a Comment