Monday 11 February 2013

Poligami???

Poligami...

Entah kenapa aku berharap aku betul...poligami bukan jalan keluar kepada masalah nisbah perempuan lebih ramai daripada lelaki..bukan aku tidak sukakan poligami..perkara yg tidak haram di dalam Islam, siapalah aku untuk meng'haram'kannya...namun, si pelaku2 poligami, golongan para muslim dan mukmin yg beria menegakkan dalil anugerah payung emas di syurga..namun pernahkah terfikir kenapa istilah payung yg digunakan? Kenapa bukan rumah atau kenderaan..??
In Sha Allah tidak akan hujan selalu atau panas terik di syurga kelak..kerana syurga adalah tempat yg tiada kekurangan..maka mungkin kita tidak akan perlukan payung...In Sha Allah..


Sayangnya Rasulullah SAW kepada kita..sehingga saat akhir kewafatan Baginda bibirnya hanya menyebut 'ummati, ummati'...masih bersedih sehinggalah Allah memberi jaminan, "tidak akan ada umat yg akan masuk syurga sebelum umat Muhammad SAW.." Namun, sunnah yg dibawa selama 23 tahun, tidak semua kita turuti..peliknya, hanya sunnah yg menyentuh bab berkahwin yg diingat..para Isteri Rasulullah, kebanyakannya adalah dari golongan hamba dan balu yg telah berusia..bukan wanita2 genit, seperti yg ada pada zaman kita..kalau ingin benar melakukan sunnah Baginda, lakukan secara menyeluruh..bukan separuh2..

Adil dari segi zahir memang mudah dilaksanakan..almaklumlah, zaman sekarang terlalu ramai hartawan. Namun dari segi batiniah. Dari segi agama, dari segi perasaan, mampukah kita? Punya suami sebaik Rasulullah SAW masih mengundang cemburu di hati Saiditina Aisyah dan Hafsah ketika Baginda sering menyebut Saiditina Khadijah. Apatah lagi perasaan isteri yg punya suami yang solat 5 waktunya masih perlu ditegur? Yg subuhnya masih perlu dikejut? Apatah lagi Al-Quran yg hanya sekali-sekala dijengah..Solat bukankah tiang agama? Mana yg perlu didahulukan? Solat atau berpoligami?

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Sekali lagi, renungkan, kenapa Ayat suci ini menegaskan 'berkahwinlah dengan seorang sahaja jika tidak mampu berlaku adil"? Jawapannya, kerana Allah itu Maha Mengetahui akan hamba2Nya..
Di mana tafsiran adil kalau sebelum melafazkan nikah utk kali kedua pun, isteri telah awal2 dimadu..pergi dating, bercuti, shopping, tipulah kalau amalan2 ni xde time si suami 'mengayat' bakal isteri kedua..yg dicari tak sesuai dgn fitrah agama..auratnya, kewajipannya, sikapnya, dan itu pun masih dikatakan isteri pertama yg bermasalah. Tidak semua wanita sempurna. Saat kau berjanji kepada wanita pertama yg mnjadi isterimu, melindunginya dan menjaganya sehingga ke akhir hayatmu pernahkah kau terfikir tentang istilah golongan munafiq yg bakal kau terima ketika janji yg dibuat tidak ditepati..oleh itu tak perlu berjanji, tapi kalau tak janji, takde perempuan yg 'cair' pulak kan? Dah langsung susah nak kawen pulak kan? Hbstu, macamane ni??? Ingat, Islam tetap Islam..matlamat tidak menghalalkan cara..

Islam, matlamat tidak menghalalkan cara...

Rasulullah s.a.w... telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Tapi tiada jugak dalil yg mengatakan kita hilang agama sekiranya tidak berkahwin. Jangan salah faham dulu.. Maksud disini, bukan nk cakap, elok je kalau tak kahwin..kita usaha, tapi pendapat saya poligami bukan penyelesaian ke atas segala2nya...kerana takut tak laku, kita membina masjid di atas masjid yg masih ada org beribadat di dalamnya.. Rabiatul Adawiyah, serikandi Islam yg juga tidak berkahwin..hidup dan matinya hanya Allah..Maryam bonda Nabi Isa juga tidak berkahwin..tapi itu tidak mnjadikan mereka untuk tidak taat kepadaNya..

" cuba hirup air yg sgt pahit..adakah kita sanggup menghirupnya untuk kali kedua? Atau meneguknya sehingga habis? Sedangkan ubat pun kita makan kerana terpaksa..malah bersulamkan air supaya tidak terasa pahitnya.. Begitulah juga rasanya tatkala disuruh utk berkongsi kasih.." Kalau madu itu manis, kenapa ia nya menjadi isu...zaman ini, kebanyakan tujuan berpoligami bukan kerana Sunnah Nabi SAW, bukan juga kerana membela nasib wanita yg kurang bernasib baik, tapi adalah kerana nafsu, nafsu dan nafsu...cukuplah menjadi seorang hamba Allah yg tahu bagaimana mengendali nafsu sendiri, bukan menurutinya tanpa henti..

Ketika Islam mewajibkan lelaki untuk menundukkan pandangan, maka wanita diwajibkan untuk menutup seluruh auratnya. Lelaki tidak aktif melihat, sementara wanita tidak sengaja mempamerkannya.. Suatu kerjasama yang indah. Oleh itu, hiduplah dengan cara Islam..Al-Quran menjadi pegangan dan sunnah Rasulullah mnjadi ikutan..In Sha Allah, poligami itu akan berhenti isunya...























0 comments:

Post a Comment