Friday 1 February 2013

Semoga menjadi renungan bersama...kalau cinta, lafazkanlah!

Aku terlalu merindui dirinya. Sungguh, setiap denyut nadi ini berdegup namamu.

Sofina Nazirah Abdullah, gadis berdarah kacukan Cina-India. Aku mengenalinya sewaktu kami sama-sama menuntut di universiti. Sofina tidak mudah didekati. Tiada ruang utk menghampirinya buat sekian lama sehinggalah ke suatu tarikh keramat. Dia kuselamatkan sewaktu sedang lemas di jeram dalam suatu ekspefisi di Taman Negara Bako. Dari detik itulah permulaan utk kami menyulam kasih dan menyemai sayang.

Kami berkahwin walaupun ibu menentang hebat. Ibu hanya mahukan keturunan melayu dan Ibu telah ada calonnya. Adik sepupu yg telah kuanggap seperti adik sendiri. Cintaku pada Sofina tetap teguh biapun ibu sering membuat onar.

6 tahun usia perkahwinan, kami masih berdua. Kasihku pada Sofina mula tergugat. Aku inginkan anak yg boleh memanggilku ayah! Terdetik di hati mungkinkah ini balasan Tuhan kerana aku mengingkari perintah ibu? Aku jadi tidak sabar tapi Sofina tetap tenang. Tidak cepat melatah. Ibu pula menyiram minyak. Termakan dengan kata2 ibu yg Sofina mandul, cintaku mula beralih arah.

Aida pilihan ibu aku terima tanpa banyak soal. Namun Sofina tetap setia padaku. Dia tidak marah mendapat madu. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu! Sabarnya tiada berpenghujung. 3 bulan berkongsi kasih, Aida mengandung. Aku mula mengabaikan Sofina. Dia jarang kujenguk. Aku jadi tidak sabar dengannya. Semua yg dilakukan Sofina serba tidak kena di mata ini. Tubuhnya kukira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur ke lantai kerana penanganku. Aku tinggalkan dia dalam kesakitan akibat kepalanya terhantuk di bucu meja.

Selama Aida mengandung sehingga Haziq Hakimi dilahirkan Sofina tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya kuabaikan. Kucerca dia. Namun dia tidak pernah melawan. Entah mengapa aku boleh bertukar menjadi sebegini zalim? Kenapa begitu senang kasih terhenti dan cinta mati?

Allah Maha Kuasa, Maha Adil. Aida berubah, mengabaikan aku dan Haziq Hakimi yg baru lahir. Katanya dia kesal hamil dan mengahwiniku. Rupanya dia telah mempunyai kekasih hati sewaktu dipaksa oleh ibu bapanya utk berkahwin denganku. Aida meninggalkanku bersama Haziq Hakimi yg masih menyusu. Dia bersekedudukan sengan kekasih lamanya bagai tidak tahu dosa dan pahala.

Aida kulepaskan secara baik. Ketika ibu bertindak menjauhkan diri, kutemui Sofina dengan membawa Haziq Hakimi. Allah itu Maha Pengasih. Sofina tidak pernah hamil, mana mungkin ada susu tetapi itulah kebesaran Ilahi. Haziq Hakimi membesar dari air susuan Sofina Nazirah Abdullah! Haziq Hakimi membesar dengan kasih sayang Sofina..

25 tahun berlalu, Sofina tetap seorang isteri yg setia walaupun seringkali aku abaikan kerana sibuk dengan perniagaan. Kami jarang bercakap kerana aku yakin dia mengetahui akan kasih sayangku kepadanya. Sofina mengadu sakit kepala dan mudah pitam, namun aku tangguhkan urusan pemeriksaannya kerana sibuk bekerja. Utk kesekian kalinya aku mengabaikannya tanpa sedar sehinggalah Sofina pengsan!

Menangis air mata darah sekalipun tidakkan dapat mengubah ketentuan Tuhan. Sofina menghidap barah otak! Kata doktor, barah yg dialaminya ialah kerana kesan drpd hentakan kuat dan pendarahan di kepala yg pernah dialaminya dahulu. Aku terkaku, rasa bersalah! Penyakit Sofina sudah kritikal! Barahnya sudah merebak ke sisitem saraf. Penyakit ini perjalanannya hanya sehala...mati...

Pada suatu pagi yg hening, Sofina memanggilku. Suaranya cukup lemah. Hampir tidak kedengaran. Aku jadi begitu takut akan kehilangannya meskipun sudah kuketahui saat itu akan tiba jua. Wajah bersih Sofina cukup tenang. Dia cuba menguntum senyuman dalam kesakitan yg ditanggungnya. Kepalanya kuriba. Kuelus-elus rambutnya yg sudah kehilangan seri. Satu persatu rambut itu gugur, dan terlihat parut panjang di tengah kepalanya yg menjadi punca penyakitnya. Hatiku cukup tergores. Aku tidak dapat menahan sebak. Tuhan, betapa berdosanya aku!

Sofina memohon agar aku menghalalkan segala makan minumnya. Dan aku meminta agar dia menghalalkan air susu miliknya yg telah membesarkan Haziq Hakimi. Dia memohon ampun daripadaku kerana tidak mampu mengurniakan anak yg dikandung dalam rahimnya sendiri. Bersama-sama fajar hari baru, diiringi dua kalimah syahadah, Sofina akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yg tidak mungkin akan bangun kembali.

Sungguh, aku teramat merindui dirinya. Sungguh, aku terlalu menyayangi dirinya! Aku terlewat utk memberitahu Sofina betapa dialah satu-satunya wanita yg paling aku cintai! Aku terlambat! Kekesalan ini tidak akan dapat menebus segala kesalahanku padanya...

Sofina, abang sayang padamu..

Sufian Syazwan,
Catatan: Mei 2003

-petikan dari novel karya Suhaniza Sulaiman, Belaianmu.
Begitu cepatkah hatinya berubah? -

0 comments:

Post a Comment