Sunday 3 March 2013

Let's sLEep WeLL!!!

Saya ada benda nak share....
Impian setiapkali bangun pagi pada hari2 persekolahan atau time ada kelas...
Aku tak tau plak korang, tapi aku punya hasrat yg sama sejak 20 tahun yg lepas..

Setiapkali bangun pagi nk pegi sekolah atau kelas, perkara yg saya akan automatik akan fikir,
" ngantuknyer...balik sekolah / habis kelas nanti, aku nak tidur puas2..."

Dan habis je kelas, mata akan automatik segar bugar...dan mcm terlupa plak impian bangun pagi...hahahahahaha! Esok2 mcmtu jugak, beria nawaitu nk tdo, last2 hapah...tv, shopping, main game, kemain bulat lagi mata...

Why ar? Beria2 nk tido, smpai masa tak nak tdo pulak...hahahahaha...
Google, and i really interested with this quote;

" dear sleep, i know we had a problems when i was younger...but i love you know.."

Sounds funny rite? From the day we born, we only have about 5 years to sleep well..and after that u will find how life is so complicated bcoz u will miss sleepy thousand times more than your boyfriend or girlfriend..this is my opinion lor..

So lets try to practice this; cara Rasulullah SAW masuk tidur..seawal selepas Isyak dan bangun pada 1/3 malam..dlm lingkungan pukul 3 ke pukul 5...( sebelum masuk waktu imsak dan subuh)

Hitungan malam bermula pada waktu maghrib dan tamat malam apabila bermula subuh. Sepertiga dari tempoh masa itu bererti sepertiga akhir ketika menghampiri subuh. Hadis menyebutkan sepertiga akhir, anggaran antara lebih kurang pukul 3 pagi, kerana Nabi bangun pada waktu itu dan bangun shalat sehingga dekat dengan waktu subuh dan kemudian Nabi menutupi dengan witir, dan kemudian Nabi berbaring sehingga azan subuh. Berbaring ini termasuk dalam sunnah dan bangun apabila masuk waktu subuh.
( dipetik dari kata2 Ustaz Fathul Bari Mat Jahya)

“Sesungguhnya Tuhanmu Mengetahui bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, ada pula separuhnya dan sepertiganya.” (al-Muzammil: 20)

Memudahkan Bangun Solat Malam

-Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
-Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
-Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
-Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Ok, semoga saya IstiQamah...Amin...In Shaa Allah.. :)



0 comments:

Post a Comment